|
Raja Segala Pokok
Nama famili: MORINGACEAE
Nama botani : MORINGA OLEIFERA
Nama am: MORINGA, HORSE RADISH TREE, DRUMSTICK TREE, SAHIJAN, POKOK AJAIB,
POKOK SYURGA, POKOK BERBAGAI FUNGSI, POKOK PANJANG USIA
Bahagian yang boleh diguna :AKAR, BENIH , BUAH, BUNGA , KULIT DAN DAUN
Akarnya rasa pahit, sangat berkesan untuk membantu penghadaman, membasmi
cacing parasit dalam usus, melancarkan pergerakan sembelit,melegakan sistem
saraf dan membina ketenangan, stimulasi naluri batin dan kompaun biokimia untuk
pemulihan kecacatan pusat saraf.
Ia juga berguna dalam aspek lumpuh , inflamasi, demam, batuk., selsema,
inflamasi salur nafas, penyakit paru-paru, gila babi, histeria.
Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah)
, anemia (kekurangan sel darah merah), mengimbangkan dan memulihkan sistem
fungsi badan.
Benihnya juga bersifat pahit dan berguna untuk anti inflamasi, kelancaran
usus, sangat berguna untuk memulihkan kesakitan sendi dan urat saraf dan demam
berulang-ulang.
Berbagai Produk Moringa
Teh Moringa, Minyak Moringa, Benih Moringa, Serbuk Akar Moringa, Salad
moringa, Serbuh buah Moringa Kernel, Sampoo Moringa, Serbuk Kek Moringa, Akar
Moringa, Serbuk Sabun Moringa, Jus Moringa, Krim Muka Moringa
Moringa mengandungi Vit A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink,
Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang
diperlukan badan.
Apakah khasiat setiap jenis zat yang disebutkan di atas terhadap corak hidup
yang sihat dan seimbang?
Vitamin A adalah melindung seseorang dari penyakit mata, penyakit kulit,
ceret-beret.
Vitamin C dapat melawan penyakit selsema dan membina ketahanan serta
mengoptimakan fungsi sistem salur darah jantung
Kalsium pula penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat dan mengelakkan
seseorang dari penyakit tulang rapuh (Osteoporosis)
Potasium sangat penting untuk saraf dan otak.
Protein adalah unsur pembina sel badan. Moringa membekalkan kesemua lapan
jenis Asid Amino wajib yang diperlukan badan. Kesemua Asid Amino wajib ini tidak
dapat disintesis oleh badan dan perlu diambil dari pemakanan seharian -khususnya
daging merah.
Setiap jenis daging mempunyai kandungan Asid Amino wajib yang berbeza.
Seseorang perlu makan daging kepelbagaian untuk mencukupi kesemua Asid Amino
wajib badan. Ini amat sukar dicapai oleh mereka yang tidak selasi dengan daging,
khasnya golongan berusia tua (Darah tinggi, penyakit jantung), kanak-kanak dan
golongan Vegetarian
Moringa juga mengandungi B, B1, B2, B3, C, D, E, antioxidan, gentian dan
sumber klorofil yang tinggi. Ia membekalkan kandungan klorofil yang tertinggi
dalam rekod tumbuhan yang dikenali sejak permulaan tamadhun manusia.
Biarpun manfaat Moringa telah dikenali dan diguna sebagai herba traditional
oleh suku-kaum asli di beberapa negara , tetapi potensi khasiat tumbuhan ini
hanya mula mendapat perhatian dari Saintis Moden pada akhir abad ke sembilan
belas.
Ilmu pengunaan Moringa oleh suku asli telah dicatat dalam rekod 80 buah
negara dalam lebih dari 200 bahasa tempatan. Biarpun nilainya telah dikenali
ramai, tetapi ramai masih belum mengenali keajaiban nilai perubatan dan
pemakanan tumbuhan ini.
Saya belum pernah menemui produk tumbuhan seperti Moringa dalam lebih 30
tahun saya berkecimpung dalam industri makanan supplemen kesihatan.
- Ken Brailsford, Former President and CEO of Nature's Sunshine
Kajian terkini telah mendapati Moringa juga mengandungi Cytokinin.
Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa
ia dapat meningkatkan tumbesaran produk pertanian,dan bila ia ditambah dalam
pemakanan binatang ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan
mencergaskan regenerasi sel badan.
Dalam kajian klinikal terkini, Cytokini juga dapat mengeluarkanunsur anti-keuzuran
dalam badan manusia.
Kitar hidup sel kulit manusia adalah 300 hari. Setiap minit, 40,000 sel kulit
akan mati dan diganti oleh sel baru.
Kesan Cytokinin mengaktifkan tumbuhan sel baru yang lebih cepat berbanding
dengan sel lama. Ini dapat mengurangkan kesan kedut pada muka dan menggiatkan
pembawaan oksigen ke setiap sel badan.
Dalam zaman maju sekarang, adalah lumrah untuk kita memakan berbagai pil
vitamin untuk mendapat kesemua zat yang diperlukan badan, tetapi kini produk teh
hijau Moringa memberi anda kesemua khasiat malah lebih dari itu, pencegahan
kanser dan pemulihan fungsi badan.
Pencairan zat Moringa dalam teh panas mencepatkan penerapan biologi badan.
Larutan zat yang bersifat 100% Bio-Pemerolehan membolehkan badan menngunanya
secara terus tanpa perlu penghadaman.
Pada hakikatnya, banyak pemakanan yang bersifat pepejal tidak dapat diserap
oleh badan sepenuhnya.
Contohnya, hanya sebahagian dari khasiat pil multi vitamin diserap oleh badan.
Berita baik Teh Hijau Moringa ialah ia memberi kesan kesihatan yang
sepenuhnya .
Bank Dunia Menyokong Kajian Moringa . Laman web allafrica.com telah
melapurkan bahawa Bank Dunia menyokong kajian dan pemprosesan Moringa sebagai
langkah komplemen pembangunan perubatan herba sedunia.
Bercakap sempena lawatan terkini ke Pusat Kesihatan Moringa di Cooper Complex
, Bandar Kampala, Penasihat Ekonomi Bank Dunia di Uganda, William Steel berkata
, 'Ini adalah satu dari bidang keusahawanan yang kami ingin galakkan.'
Laman Penyelidikan
Mark Olson, Ph.D.Diterima dari: Washington University, 2001 Missouri
Botanical Garden.
Graduate School Penasihat: Drs. Peter H. Raven and Barbara Schaal
Bidang Kajian Kajian kami menekan pada peranan BIOKIMIA yang berubah mengikut
masa terhadap fasa pertumbuhan pokok Moringa.
KESAN ANTI INFLAMASI
Udupa, S.L., Udupa,A.L. and Kulkarni,D.R., 1994, Studies on the
anti-inflammatory and wound healing properties of Moringa oleifera and Aegle
marmelos. Fitoterapia, 65 (2), pp119-123.
KAJIAN ANTI KANSER
Jayavardhanan,K.K., Suresh,K., Panikkar,K.R. and Vasudevan,D.M.,1994,
Modulatory potency of drumstick lectin on the host defense system.
Exp.Clin.Cancer Res., 13 (3) pp205-209
Pal,S.K., Mukherjee,P.K. and Saha,B.P., 1995, Studies on the antiulcer
activity of Moringa oleifera leaf extract on gastric ulcermodels in rats.
Phytotherapy Research, 9, pp463-465.
KAJIAN KESAN ANTIBIOTIK
Eilert,U., Wolters,B. and Nahrstedt,A. 1981, The antibiotic principle of
seeds of Moringa oleifera and Moringa stenopetala. J.Medicinal Plant Res., 42
pp55-61.
Kajian : Botswana Agriculture College, Moringa Oleifera.Wednesday, March 30,
2005. Botswana Moringa Update. Botswana Agriculture College sedang membuat
kajian saintifik terhadap bukti perubatan Ayurvede yang menyatakan Moringa
Oleifera. dapat mencegah 300 jenis penyakit.
Saintifik moden membuktikan tuntutan asas ini perlindungan terhadap penyakit
mata, penyakit kulit, sakit jantung, ceret beret dan sebagainya
Sila rujuk : moringaoleiferamaun.blogspot.com Moringa telah mempunyai sejarah
yang lama dalam bidang perubatan.
Ayurveda, Orang India telah mengguna Moringa sebagai sumber herba
untukmenyembuh selsema, bisul, demam, sakit sendi dan gaut.
Doktor di Afrika Barat mengguna Moringa Untuk merawat penyakit Diebetes.
Ia juga mengandungi kompaun Beta Sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan
tekanan darah badan. Oleh sebab ini, ia selalu dikenali sebagai Agen penurunan
tekanan darah tinggi di India.
Moringa juga diguna untuk rawatan barah, dan memulihkan ketegangan emosi ,
kerisauan dan kekhuatiran.benih dan akarnya mengandungi sumber antibiotik
semulajadi yang sesuai untuk rawatan jangkitan kulit.
Benih ini dikenalik mengandungi unsur anti-inflamasi, antispasmotik (Ledakan
emosi yang tiba-tiba) dan unsur diuretik (Menggiatkan pembuangan air kencing).
Sifat ini membolehkan ia membersihkan darah dan mengeluarkan toksik dan racun
metabolisma dengan lebih berkesan.
Bunga Moringa yang berwarna putih bila dikeringkan, boleh dijadikan teh dan
berkesan untuk penyakit selesema.
Akarnya juga boleh dihancurkan dan dijadikan rempah kari.
Benih yang dihancurkan mempunyai kesan tapisan bakteria. Ini menjadikan
Moringa sebagai agen rawatan air domestik di kawasan tropika untuk membekalkan
air yang bersih kepada penduduk setempat.
Kajian mendapati kesan pembasmian kuman dengan serbuk Moringa jau hlebih
berkesan berbanding dengan alum, klorin yang bersifat racun.
Air berlumpur boleh dijernihkan bila serbuk Moringa ditambah . Bahan pejal
dan bakteria akan berkumpul dan bergumpal di dasar, kemudian boleh dibuang
dengan menapis atau dituangkan.
Sila rujuk laman web:http://www.letsliveonline.com/index.php?p=9&a=2911
Kandungan Vitamin A Moringa Kajian telah menunjukkan segelas daun Moringa
dapat membekal keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang. Yayasan Mata
Antarabangsa yang terletak di Bethesda, Md., mengguna Moringa Moringa di negara-negara Selatan African Malawi untuk mencegah buta dikalangan kanak-kanak
yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A.
Sila rujuk: http://www.letsliveonline.com/index.php?p=9&a=2911
Sumber Khasiat Moringa
Pokok Moringa mempunyai kepelbagaian zat pemakanan yang kaya.Menurut Badan
Trees For Life , sebuah badan bukan keuntungan (NGO)yang terletak di Kansas yang
mengambil peranan menanam pokok buah-buahan di negara membangun
Daun kering Moringa mempunyai empat kali Kalsium dalam susu,tiga kali
Potassium dalam pisang dan tujuh kali Vitamin C dalam Oren Moringa juga 17%
protein (dua kali kandungan Yogurt), dan mempunyai sumber B Kompleks yang kaya,
rendah dalam kandungan lemak dan karbohidrat dan mengandungi empat kali Beta
Carotene dalam lobak merah.
Sila Rujuk: http://www.letsliveonline.com/index.php?p=9&a=2911
Suku bangsa asli di kaki bukit Himalaya telah memaktubkan dalam rekod berabad
tahun tentang kegunaan Pokok Moringa sebagai suatu khazanah perubatan yang
berharga.
Ia juga telah diterima sejak zaman purba kala sebagai minyak wangi kerabat
diraja oleh golongan Roman, Greek dan Egypt.
Kini, pokok ini telah mencetuskan minat di kalangan saintis untuk meneroka
penggunaan baru Moringa dalam aspek perubatan dan pemakanan khasnya untuk negara
miskin yang terletak di kawasan tropika gurun .
Kajian terkini Moringa telah memberi merit kepadanya sebagai Pokok Ajaib abad
ke dua puluhan.
Sila rujuk: http://www.livingdesert.org/plants/horseradish_tree.asp
Keguaan Klinikal Moringa: Dalam bidang perubatan, Moringa telah dikenal
berkesan untuk rawatan penyakit kulit, menurunkan tekanan darah, mengurangkan
bengkak, menyembuh ulcer gastrik, menurunkan gula darah dan melegakan sistem
saraf badan.
Rekod perubatan Ayurvede India mempunyai 300 penggunaan Moringa. Serbuk benih
didapati mempunyai kesan pembersihan air berbanding dengan rawatan kimia dan
dapat membuang 99% dari bakteria yang hadir.
Minyak yang diperah dari biji adalah bersifat stabil dan tidak berubah
menjadi sengik, tidak berbau, membakar tanpa asap dan boleh diguna untuk masak,
kosmetik, minyak wangi dan minyak pelincir. Perbandingan telah dibuat dengan
jojobo (Simmondsia chinensis) oil dan boleh mengganti minyak ikan paus.
Kegunaan lain Moringa oleifera termasuk tumbuhan hiasan, pemakanan haiwan
ternaikan, agen pembersih, pewarna, baja, pelakat, penjernih madu, pencegah
penyakit tumbuhan, gentian pembuatan kertas, membuat tali.
Sila rujuk: http://www.livingdesert.org/plants/horseradish_tree.asp
Moringa : Agen Antobiotik Semulajadi M..oleifera telah manakjubkan
dunia perubatan kerana ia menghasilkan kompaun antibiotik yang dikenali sebagai
glucosinolate 4 alpha-L-rhamnosyloxy benzyl isothiocyanate bertindak sebagai
agen imun badan mansia.
Sila rujuk: http://www.mobot.org/gradstudents/olson/oleifera.html
Moringa : Pokok Berbagai Fungsi: Keratan akar telah diguna oleh orang Eropah
sebagai rempah, daun diguna sebagai sayur kari dan jeruk, buah mentah juga
dikerat dan diguna sebagai sayur kali, direbus dan dimakan seperti kacang
panjang.
Bunga dan kulit kayu diguna sebagai ubatan tradisional, benih menghasilkan
minya yang bermutu tinggi dan diguna sebagai minyak lukisan (Oil painting),
minyak salad dan sabun.
Balak Moringa sesuai sebagai gentian Cellophane dan Rayon.
Kajian terkini menunjukkan benih dan buah Moringa mempunyai kandungan kompaun
yang dapat menjernihkan air minuman.
Kompaun lain juga menunjukkan kesan antibiotik.(University Of Connecticut)
Sila rujuk: http://florawww.eeb.uconn.edu/acc_num/199700027.html
Bercakap secara Saintifik, Moringa adalah suatu keajabian Ia menguatkan
tulang yang lemah, memperkayakan sel darah merah anemia dan membolehkan seorang
ibu yang hidup kebuluran untuk membesarkan anak yang sedang kelaparan.
Bandingan gram dengan gram, Moringa mempunyai empat kali kalsium dalam susu,
tujuh kali Vitamin C dalam Oren dan tiga kali potasium dalam pisang.
Sedikit serbuk Mornga boleh membuatkan air kotor sesuai untuk diminum.
Doktor menggunanya untuk mengubati diebetis di Afrika Barat dan tekanan darah
tinggi di India.
Bukan sahaja ia menjadikan kulit licin dan sihat, tetapi juga menjadi baja
dan bahan api untuk penduduk luar bandar.
Moringa juga mempunyai kandungan besi tiga kali dalam Bayam dan khasiat
kesihatan yang lebih tinggi dari Minyak Olive.
Kedua-dua Moringa dan Lobak merah mempunyai kandungan serabut dan gentian
yang sama tinggi, tetapi Moringa mempunyai empat kali khasiat Beta Caroten (Sumber
asas Vitamin A yang tidak bersifat racun dan boleh disimpan dalam hati).Beta
Carotene sangat sesuai untuk kesihatan mata dan diguna untuk mencegah kanser.
Sila rujuk: http://www.malunggay.com/therapeutics.htm
Moringa telah dikenali sejak zaman berabad sebagai sumber khasiat semulajadi
yang dapat mencergaskan tenaga.Kaya dengan zat pemakanan asas, vitamin dan Asid
Amino , ia melengkapkan keperluan badan anda dengan kesemua mikro-khasiat
khasnya dalam menghadapi kesibukan hidup yang aktif.
Bila lilin semakin bertambah di atas kek harijadi, anda akan dapati badan
anda semakin lembap dan tidak secergas usia lapan belas tahun dahulu. Moringa
memberi anda tenaga yang telah lesap.
Yang menakjubkan, ia juga melegakan sistem saraf dan menenangkan fikiran dan
emosi anda.
Ia menurunkan tekanan darah dan membolehkan anda tidur dengan lebih lena pada
waktu malam.
Soalnya, bagaimana ia membekalkan sumebr tenaga untuk badan dan pada masa
yang sama membolehkan anda berehat dengan baik waktu malam?
Jawapannya, Moringa telah didokumen sebagai agen penyahtoksik.
Universiti seluruh dunia telah membuat kajian terhadap Moringa kerana ia
dapat menjernihkan air, menggumpalkan bahan racun dan bakteria dalam air dan ini
membolehkan kotoran dibuang dari air dengan mudah
.Bukti yang sama juga berlaku dalam badan, ia menghasilkan tenaga yang
berterusan tanpa kesan hiperaktif, ia membolehkan sistem saraf berehat dan
mengelakkan tekanan darah yang tinggi, ia juga membolehkan kelenjar hormon
berfungsi secara normal dan mencapai keseimbangan.
Kesan kesihatan yang telah dikenali oleh pengguna Moringa ialah : menguatkan
sistem imun badan, mengembalikan kesihatan kulit, mengawal tekanan darah badan,
menangani sakit kepada dan migran.
Mengurus paras gula dalan penyakit diebetis, mengurangkan kesakitan penyakit
artritis dan inflamasi, merencatkan tumbesaran tumur dan menyembuhkan ulcer dan
bisul.
Badan yang tidak dikecam penyakit atau kerosakan dalaman akan dapat mengguna
khasiat Moringa dengan lebih sempurna untuk tujuan sel kulit badan yang sihat,
tulang dan otot yang kuat dan pengawalan hormon badan untuk membolehkan badan
anda dalam keseimbangan.
Moringa adalah satu-satunya tumbuhan yang mempunyai khasiat lengkap manusia.
ia juga dipanggil Perfect Tree.
http://www.malunggay.com/description.htm
Moringa - Tumbuhan bebas racun dan toksik Suatu keistimewaan Moringa ialah
sifat bebas toksik . Khasiatnya senang dihadam dan senang diserap oleh badan. Ia
juga mempunyai berbagai kesan terhadap kesihatan secara amnya.
Kajian terkini tentang keselamatan mengguna Moringa telah dijalankan di
Nogutchi Memorial Medical Research Centre in Ghana urusniaga untuk menentukan
tahap elemen toksik dalam serbuk daun Moringa.
Dalam kajian ini, tikus dan arnab telah dibekalkan makanan daun Moringa pada
tahap 15 kali lebih dari tahap keperluan harian seorang manusia. (i.e., sejajar
dengan keperluan serbuk daun harian seorang budak yang berjumlah 375g). Jelasnya,
tidak ada sebarang kesan sampingan biarpun konsentrasi Moringa yang tinggi telah
dibekalkan dalam ujian tersebut.
http://www.unesco.org/most/bpik10-2.htm
Pokok Moringa telah dinobatkan pada tahn 2004, sebagai pokok pertama di dunia
yang diberi Noberl Prize. Prof Wangari Maatai dari Afrika telah mengetuai Projek
Rantai Hijau di Kongo dan menanam lebih dari 30 juta pokok Moringa Untuk
menyelamatkan masalah kebuluran. Sumbangan ini telah menakjubkan seluruh dunia.
Berikutan itu, Persidangan Moringa Sedunia telah diadakan secara tahunan.
Suatu persidangan antarabangsa telah dikendalikan untuk mengusulkan isu dan
pembentangan Saintifik dunia pada 2 November 2001 bertempat di Dares Salaam,
Tanzania.
Persidangan ini telah mengumpulkan seramai 100 orang dari 27 buah negara,
meliputi penyelidik, pekerja sosial, pekerja kesihatan dan wakil perindustrian
dan NGO.] Persidangan ini telah ditaja oleh CWS, Pusat Teknikal Pertanian dan
Koperasi Pertanian (Technical Centre for Agricultural and Rural Cooperation (CTA),
dan diselia oleh Pusat pembangunan Perindustrian. Centre for Industrial
Development (CID)
Sila rujuk: http://www.unesco.org/most/bpik10-2.htm
|